Friday, March 25, 2011

SENAPANG TIDAK MEMBUNUH; MANUSIA YANG MEMBUNUH

Buceros bicornis VS. Homo sapiens (with gun)
Ini panas. Aku ada mengikuti seorang penulisan seorang blogger, nama blog beliau adalah LegendaBudakHarimau, anda boleh temui pautan ke blog beliau di bahagian sisi kanan blog aku.
Saban hari aku sering menunggu kemaskini daripada blog beliau, yang aku anggap seorang yang pandangannya amat kritikal dalam isu pemuliharaan hidupan liar di negara Malaysia. Kadangkala aku sendiri terasa pedihnya dengan ayat-ayat dan luahan isi hati beliau.
Itu normal. Kerana ia terbit dari hati yang sedang marah dan sayu. Ia terbit dari jiwa yang cakna akan isu-isu ini. Siapa tidak marah kalau ada orang cuba rosakkan apa yang kita cuba pertahankan.
Seperti foto di atas, mereka diperintah oleh Seri Paduka Baginda untuk mempertahankan negara, tetapi mereka sendiri terlupa untuk mempertahankan aset-aset lain negara. Mereka terlupa.
Aku tidak menganggap tindakan ini mereka lakukan untuk menumpaskan musuh negara, aku tidak juga anggap mereka buat ini untuk penuhkan perjuangan survival mereka, namun secara nyata aku nampak mereka lakukan ini semata untuk suka-suka. Anggapan boleh diguna dalam pendakwaan kamu tahu.
Melalui infomarsi yang terdapat dalam blog LegendaAnakHarimau, penulis ada menyatakan:
"Pihak TRAFFIC telah membuat laporan polis, berita ini telah dihebahkan di dada-dada akhbar tempatan, pihak ATM membisu seribu bahasa. Ramai yang tidak memandang jenayah hidupan liar setaraf dengan jenayah sivil yang lain." *
Mungkin aku agak terlewat menerima berita ini. Untuk pengetahuan anda, LegendaBudakHarimau dalam blog beliau turut menyatakan bahawa, kejadian tidak berperikemanusiaan ini berlaku dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak, dari sumber yang dipercayai pihak beliau.
Situasi ini amat membimbangkan aku. Ini baru Enggang Papan (Buceros bicornis), baru seekor yang kita dapat nampak dibunuh, yang lain siapa tahu.
Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716, burung Enggang Papan (Buceros bicornis) diletakkan di bawah Jadual Kedua (Seksyen 3) Hidupan Liar yang Diperlindungi Sepenuhnya. Sila rujuk bahagian "Pautan Penting" di bahagian kanan blog ini, di situ aku ada sediakan pautan untuk membaca akta ini.
Aku tidak peduli sama ada pembunuhan ini berlaku di Semenanjung Malaysia mahupun Malaysia Borneo, yang aku tahu hidupan liar harus dipulihara dan dipertahan, bukan ditembak dan dimakan.

Kredit: Legenda Budak Harimau (foto dan *petikan teks) 

There will be no justice as long as man will stand with a knife or with a gun and destroy those who are weaker than he is. 
 - Isaac Bashevis Singer -