Wednesday, March 23, 2011

DENGAN NAMA EKONOMI KITA HIDUP DAN KITA MATI

They are legion, Expect them
Cakap-cakap orang tua, gajah adalah pendendam. Cakap-cakap orang lama, gajah tahu baca isi hati manusia. Jangan cakap besar tentang gajah, jangan cuba ugut-ugut gajah.
Gajah, bagi aku adalah Gergasi Penyayang. Mereka sayang apa yang menyayangi mereka. Asal itu, mereka bukan pendendam. Mereka hidup sayang-menyayangi. Anak yang mati ibu, ada yang lain akan ganti ibu anak itu.
Mereka jadi pendendam bukan kerana itu sifat fitrah mereka. Kita, penganut kultus Ekonomi yang menjadikan mereka pendendam.
Jiwa mana tidak panas, rumah setiang dua ditebas rapat. Hati mana tidak mendidih, rebung buluh tinggal seperdu dua dirodok mesin penarah. Rumah setiang dua, rebung seperdu dua, diganti dengan tembok konkrit, di selang dengan sawit dan getah. Siapa tidak marah.
Jiwa-jiwa panas itu datang, merodok sekian yang ada di depan. Kita, penganut kultus Ekonomi berang. Kita, penganut kultus Ekonomi gelar ini krisi. Kita, penganut kultus Ekonomi kata gajah ceroboh tanah, rosak sawit getah, runtuh pagar tanah.
Siapa ambil tanah siapa?
Kita semua penganut kultus Ekonomi.
Kredit Foto: TolongJangan

No comments: